Thursday, May 19, 2011

" rakan pengajaran "

Apabila komputer mula diperkenalkan dalam bilik darjah pada awal 1980an, guru kurang bersedia untuk menggunakannya dengan berkesan. Keperluan memahami asas komputer mewujudkan pelbagai kursus dan latihan Literasi Komputer di maktab dan universiti serta penerbitan buku teks (Erickson & Vonk, 1994) untuk menyediakan guru-guru yang literasi komputer. Kursus-kursus literasi komputer meliputi komponen-komponen komputer, sejarah komputer, asas pengoperasian komputer, perisian aplikasi, pengaturcaraan BASIC dan penilaian perisian. Kini kebanyakan guru lepasan maktab dan universiti mempunyai kemahiran ini tetapi gagal disediakan untuk integrasikan penggunaan komputer sebagai alat komputer untuk pembelajaran (US Office of Technology Assessment, 1995). 

Guru masih memerlukan kemahiran literasi komputer, tetapi mereka mesti menganjak paradigma daripada menerima maklumat kepada memanipulasi maklumat. Guru mesti membentuk persekitaran pembelajaran di mana komputer menjadi "rakan pengajaran" dalam proses membentuk pengetahuan (McDaniel., McInerney, & Armstrong, 1994). Kompetensi teknologi komputer adalah konsisten dengan pandangan teknologi pendidikan sebagai hasil & proses (product & process) yang disarankan oleh Heinich et al. (1996).  

Pembentukkan pengetahuan dikukuhkan oleh guru yang kompetens teknologi yang akan menggubal, membimbing, dan mengurus persekitaran pembelajaran multidimensi yang berpusatkan pelajar dan mempunyai unsur penggunaan komputer dalam pengajaran (Morrison,1995). Tiga faktor utama memberi sumbangan kepada persekitaran pembelajaran multidimensi: susunan pelajar, tugasan pembelajaran multidimensi dan bahan sokongan (komputer, manipulatif, kalkulator, radas eksperimen dll). Pelajar dalam persekitaran ini akan belajar dalam gabungan kumpulan seperti individu, pasangan, kumpulan kecil atau keseluruhan kelas  
Dalam persekitaran pembelajaran multidimensi, pelajar tidak belajar mengenai komputer tetapi komputer merupakan alat yang digunakan bersama pembelajaran dalam menyelesaikan masalah bermakna dan autentik (Brown, Collins & Duguid, 1989).

Wednesday, December 29, 2010

...renungkan...

Setiap kali suatu teknologi baru diperkenalkan dalam bilik darjah, ada pihak yang akan menyokong dan mendakwa teknologi ini akan merevolusikan cara guru mengajar, cara murid belajar dan secara amnya keseluruhan cara pendidikan dikendalikan.
Sungguhpun teknologi komputer membuka pelbagai peluang kepada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah tetapi kajian di Amerika Syarikat menunjukkan kebanyakan sekolah gagal melaksanakan dengan sempurna dalam kurikulum (US Office of Technology Assesment, 1995). Kebanyakan pendidik dan pengurus pendidikan gagal memahami keperluan melibatkan pelajar dengan pengalaman pembelajaran yang menyediakan mereka memasuki masyarakat yang semakin bergantung pada komputer. Terdapat sekurang-kurangnya beberapa faktor yang menyumbang kepada situasi ini. 
Faktor pertama adalah sekolah membeli fasiliti komputer tanpa memberi peruntukan kewangan kepada keperluan baikpulih , upgrade dan latihan . Perubahan mendadak dalam teknologi menyebabkan sekolah tersadai dengan komputer yang ketinggalan teknologi (obsolete). Ada pula yang mempunyai peralatan yang rosak atau tidak dapat dipakai. Situasi ini mirip kepada situasi 1960an dengan pengenalan televisyen kepada sistem pendidikan. Komputer dibeli tanpa memberi pertimbangan kepada bagaimana perkakasan dan perisian tersebut akan digunakan dalam aktiviti seharian.  
Faktor kedua adalah sikap guru terhadap aplikasi komputer dalam bilik darjah. Ross(1991) melaporkan sikap guru terhadap komputer dalam bilik darjah berkisar daripada penerimaan sepenuh kepada ketakutan. Ada yang menerima komputer sebagai alat pengajaran yang berkesan dan ada yang menjarakkan diri dan enggan mencuba peluang yang ada.
"Pendek kata, guru enggan menukar gaya pengajaran mereka kepada suatu yang dapat mengintegrasikan komputer dalam bilik darjah (Ellis, 1992).  

Literasi Komputer (ICTL)

Literasi Komputer (ICTL) merupakan mata pelajaran yang bole dikatakan baru di ajar di sekolah. Mata pelajaran ini di ajar di SMK Kompleks Sultan Abu Bakar hanya untuk pelajar tingkatan 1 dan 2. Skop pembelajaran mata pelajaran ini adalah mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Secara ringkasnya skop yang di ajar dalam subjek ini adalah mengenai maklumat asas Komputer (perkakasan dan perisian), selain itu pelajar di ajar meggunakan komputer dan mengendalikan perisian-perisian asas seperti Microsoft Word, Power Point, Microsoft Excel dan pelbagai lagi.