Thursday, May 19, 2011

" rakan pengajaran "

Apabila komputer mula diperkenalkan dalam bilik darjah pada awal 1980an, guru kurang bersedia untuk menggunakannya dengan berkesan. Keperluan memahami asas komputer mewujudkan pelbagai kursus dan latihan Literasi Komputer di maktab dan universiti serta penerbitan buku teks (Erickson & Vonk, 1994) untuk menyediakan guru-guru yang literasi komputer. Kursus-kursus literasi komputer meliputi komponen-komponen komputer, sejarah komputer, asas pengoperasian komputer, perisian aplikasi, pengaturcaraan BASIC dan penilaian perisian. Kini kebanyakan guru lepasan maktab dan universiti mempunyai kemahiran ini tetapi gagal disediakan untuk integrasikan penggunaan komputer sebagai alat komputer untuk pembelajaran (US Office of Technology Assessment, 1995). 

Guru masih memerlukan kemahiran literasi komputer, tetapi mereka mesti menganjak paradigma daripada menerima maklumat kepada memanipulasi maklumat. Guru mesti membentuk persekitaran pembelajaran di mana komputer menjadi "rakan pengajaran" dalam proses membentuk pengetahuan (McDaniel., McInerney, & Armstrong, 1994). Kompetensi teknologi komputer adalah konsisten dengan pandangan teknologi pendidikan sebagai hasil & proses (product & process) yang disarankan oleh Heinich et al. (1996).  

Pembentukkan pengetahuan dikukuhkan oleh guru yang kompetens teknologi yang akan menggubal, membimbing, dan mengurus persekitaran pembelajaran multidimensi yang berpusatkan pelajar dan mempunyai unsur penggunaan komputer dalam pengajaran (Morrison,1995). Tiga faktor utama memberi sumbangan kepada persekitaran pembelajaran multidimensi: susunan pelajar, tugasan pembelajaran multidimensi dan bahan sokongan (komputer, manipulatif, kalkulator, radas eksperimen dll). Pelajar dalam persekitaran ini akan belajar dalam gabungan kumpulan seperti individu, pasangan, kumpulan kecil atau keseluruhan kelas  
Dalam persekitaran pembelajaran multidimensi, pelajar tidak belajar mengenai komputer tetapi komputer merupakan alat yang digunakan bersama pembelajaran dalam menyelesaikan masalah bermakna dan autentik (Brown, Collins & Duguid, 1989).

No comments:

Post a Comment